Thursday, 9 October 2014

Metafora Terabai dalam Penghasilan Seni Kraf Tangan di Sarawak



Pada zaman dahulu, Terabai atau perisai adalah peralatan perang milik masyarakat kaum Iban di Sarawak. Terabai juga merupakan sebagai lambang kepahlawanan kaum Iban dan orang ulu di Sarawak.

Kegunaan terabai pada zaman dahualu adalah untuk melindungi diri daripada serangan pihak musuh semasa peperangan. Namun pada masa kini, terabai telah menjadi barang perhiasan bukan sahaja bagi  kaum iban tetapi kaum-kaum lain yang menjadikan terabai sebagai bahan perhiasan kerana keunikan terabai itu sendiri.



Seni kraf tangan Terabai adalah  satu seni ukiran warisan yang mendapat permintaan sama ada pelancong domestik atau luar negara. Ini kerana terabai telah dikomersialkn sebagai barang perhiasan di rumah atau pejabat serta cenderahati pada majlis-majlis rasmi.



 Terabai diperbuat daripada kayu yang hanya mempunyai satu jenis warna. Pada asalnya ‘Terabai’ diperbuat daripada kayu keras dan dihiasi dengan ukiran pada permukaan depan dan ukiran terabai diukir dalam pelbagai bentuk.




Terabai boleh dibuat dengan pelbagai saiz seperti  besar, sederhana besar atau kecil. Bentuk terabai juga boleh dibuat berdasarkan kreativiti namun biasanya terabai berbentuk memanjang. Pembuatan terabai Pembuatan Terabai tidaklah mudah kerana memerlukan ketelitian yang tinggi serta ukiran yang halus dan ketekunan dalam mengukir corak terabai. Namun, kini terabai dapat dilihat dengan pelbagai jenis warna seperti yang terdapat di pasaran tempatan di Sarawak.







Bahagian ukiran, pada zaman dahulu, ukiran terabai menjadi kebanggaan kaum iban. Menurut kaum iban, ukiran 'antu engkeramba' adalah yang paling terkenal kerana dikatakan ukiran tersebut dapat memberikan perlindungan kepada tuan terabai serta dapat membantu dalam peperangan suatu masa dahulu.



.

1 comment: