1.2
Objektif Penyelidikan
• Mengenalpasti rekabentuk produk sedia ada bermotifkan
terabai.
• Menganalisa data dan maklumat terhadap seni terabai.
• Merekabentuk dan inovasikan sebuah produk berinspirasikan
daripada terabai.
• Validasi produk rekabentuk akhir terhadap pengguna.
1.3
Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk menghasilkan sebuah
rekabentuk produk yang diinovasikan dan mempunyai ciri-ciri yang mementingkan
aspek kesenian terabai, keselamatan dan keselesaan agar kemudahan ini dapat
dinikmati oleh pengguna dengan lebih meluas.
1.4
Skop Kajian
Kajian ini dilakukan di
sekitar bandaraya Kuching iaitu di kawasan pembuatan kraftangan. Kajian ini juga dilakukan di sekitar kawasan perumahan
Kota Samarahan yang terdapat seni kraf tangan pada hiasan dalaman rumah.
Gambar rajah 5: Peta Kuching dan Kota Samarahan.
Skop
kajian juga dilakukan dengan eksperimen yang akan dijalankan untuk mendapatkan
hasil bagi rekabentuk produk yang mengikut cita rasa pengguna pada masa kini.
1.5
Hipotesis
Sebelum penyelidikan dijalankan, penyelidik terlebih
dahulu melakukan pemerhatian terhadap seni kraf tangan di pasaran dan seni
terabai melalui kaedah kuantitatif dan kualitatif.
Penyelidik membuat hipotesis bahawa Seni terabai
sememangnya diminati sebagai perhiasan dalaman rumah dan boleh dipelbagaikan.
Ini dapat dijadikan motif dalam pembuatan kraf tangan ataupun barangan lain dan
rekabentuk ini mempunyai ciri-ciri keselamatan, keselesaan dan bercirikan
kontemporari. Penyelidik melakukan perbandingan dan mengenalpasti seni kraf
tangan dan yang sedia sebagai perhiasan dalaman untuk dijadikan petunjuk dalam
inovasi yang ingin dilakukan.
1.6 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, aspek-aspek yang penting telah
dihuraikan dalam bab ini merangkumi pengenalan, latar belakang kajian,
permasalahan, objektif, kepentingan kajian, skop kajian, dan juga hipotesis
kajian. Bab seterusnya menerangkan mengenai kajian lepas yang berkaitan dengan
kajian yang dilakukan oleh penyelidik.
No comments:
Post a Comment