Thursday, 20 November 2014

BAB 1

1.2 Objektif Penyelidikan
      Mengenalpasti rekabentuk produk sedia ada bermotifkan terabai.
      Menganalisa data dan maklumat terhadap seni terabai.
      Merekabentuk dan inovasikan sebuah produk berinspirasikan daripada terabai.
      Validasi produk rekabentuk akhir terhadap pengguna.

1.3 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk menghasilkan sebuah rekabentuk produk yang diinovasikan dan mempunyai ciri-ciri yang mementingkan aspek kesenian terabai, keselamatan dan keselesaan agar kemudahan ini dapat dinikmati oleh pengguna dengan lebih meluas.

1.4 Skop Kajian
Kajian ini dilakukan di sekitar bandaraya Kuching iaitu di kawasan pembuatan kraftangan. Kajian ini juga dilakukan di sekitar kawasan perumahan Kota Samarahan yang terdapat seni kraf tangan pada hiasan dalaman rumah.


Gambar rajah 5: Peta Kuching dan Kota Samarahan.
            Skop kajian juga dilakukan dengan eksperimen yang akan dijalankan untuk mendapatkan hasil bagi rekabentuk produk yang mengikut cita rasa pengguna pada masa kini.

1.5 Hipotesis
Sebelum penyelidikan dijalankan, penyelidik terlebih dahulu melakukan pemerhatian terhadap seni kraf tangan di pasaran dan seni terabai melalui kaedah kuantitatif dan kualitatif.
Penyelidik membuat hipotesis bahawa Seni terabai sememangnya diminati sebagai perhiasan dalaman rumah dan boleh dipelbagaikan. Ini dapat dijadikan motif dalam pembuatan kraf tangan ataupun barangan lain dan rekabentuk ini mempunyai ciri-ciri keselamatan, keselesaan dan bercirikan kontemporari. Penyelidik melakukan perbandingan dan mengenalpasti seni kraf tangan dan yang sedia sebagai perhiasan dalaman untuk dijadikan petunjuk dalam inovasi yang ingin dilakukan.

1.6 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, aspek-aspek yang penting telah dihuraikan dalam bab ini merangkumi pengenalan, latar belakang kajian, permasalahan, objektif, kepentingan kajian, skop kajian, dan juga hipotesis kajian. Bab seterusnya menerangkan mengenai kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan oleh penyelidik.

Thursday, 13 November 2014

CONTOH Borang Temu Bual








BORANG TEMU BUAL


Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji berkenaan Terabai (Perisai) serta  kesenian yang terdapat pada terabai. Pengkaji juga akan bertanyakan berkenaan terabai (Perisai) suku kaum Dayak serta potensi motif terabai dalam menginovasikan produk baru di pasaran. Segala maklumat yang diperoleh adalah rahsia dan akan digunakan sebagai data untuk dianalisakan bagi kursus projek tahun akhir. Masa dan kerjasama anda untuk menjawab soalan ini adalah sangat dihargai.


Dalam kajian ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu :
Bahagian A : Demografi
Bahagian B : Pengetahuan Am responden
Bahagian C : Proses Penghasilan
Bahagian D : Peranan di zaman moden
Bahagian E: Cadangan









Penyelidikan :  Mengkaji Terabai (Perisai) terhadap seni reka bentuk.
Penyelidik     :   Mohd Faizul Ikram Bin Kebo
     Bahagian A : Kajian Demografi Responden

MAKLUMAT PERIBADI



GAMBAR

 
 








Nama Penuh:
No Kad Pengenalan:
Umur:
Etink:
Status:

Alamat :

Pendidikan:

Pekerjaan:

Pengalaman:



Bahagian B: Pengetahuan Am responden berkenan Terabai (Perisai).

1.      Apakah itu terabai (perisai) dalam kalangan suku kaum Dayak di kepulauan Borneo dan Kalimantan khususnya masyarakat Sarawak?


2.      Bolehkah responden menyatakan serba sedikit berkenaan sejarah Perisai khususnya Terabai (Perisai) suku kaum Dayak.

3.      Apakah jenis serta bentuk Terabai (Perisai)?


4.      Apakah jenis-jenis ukiran serta warna yang terdapat pada Terabai (Perisai) suku kaum Dayak?


5.      Apakah perbezaan yang terdapat pada Terabai (Perisai) suku kaum Dayak pada zaman dahulu dan Terabai (Perisai) moden khususnya Terabai (Perisai) hiasan dan cendera mata?





Bahagian C : Umum mengenai Proses penghasilan Terabai (Perisai).


6.      Bagaimanakah cara untuk menghasilkan sebuah terabai (Perisai) suku kaum Dayak?

7.      Apakah jenis bahan serta peralatan dalam menghasilkan sebuah terabai (Perisai) Dayak?


8.      Apakah perbezaan pembuatan Terabai (Periai) pada zaman dahulu dan zaman moden?





Bahagian D : Peranan Terabai (Perisai) di Zaman Moden.

9.      Adakah Terabai (Perisai) masih diperlukan dalam kehidupan zaman moden?


10.  Apakah kegunaan Terabai (Perisai) pada masa kini setelah berlaku perubahan zaman yang semakin moden?


11.  Sejauhmanakah Terabai (Perisai) dikomersialkan di zaman moden khususnya dalam kraftangan?





Bahagian E: Umum Mengenai potensi Terabai (Perisai) suku kaum Dayak dalam Seni Reka Produk

Pada pendapat anda,  apakah ciri-ciri yang diperlukan di dalam seni reka produk terbaru yang bercirikan Terabai (Perisai), dan aspek-aspek penting yang perlu ada dalam rekabentuk seni tersebut .............................................................................................................. .......................................................................................................................................................................................................................................................................................................... ....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

.........Terima kasih.......

Thursday, 6 November 2014

Thursday, 9 October 2014

Metafora Terabai dalam Penghasilan Seni Kraf Tangan di Sarawak



Pada zaman dahulu, Terabai atau perisai adalah peralatan perang milik masyarakat kaum Iban di Sarawak. Terabai juga merupakan sebagai lambang kepahlawanan kaum Iban dan orang ulu di Sarawak.

Kegunaan terabai pada zaman dahualu adalah untuk melindungi diri daripada serangan pihak musuh semasa peperangan. Namun pada masa kini, terabai telah menjadi barang perhiasan bukan sahaja bagi  kaum iban tetapi kaum-kaum lain yang menjadikan terabai sebagai bahan perhiasan kerana keunikan terabai itu sendiri.



Seni kraf tangan Terabai adalah  satu seni ukiran warisan yang mendapat permintaan sama ada pelancong domestik atau luar negara. Ini kerana terabai telah dikomersialkn sebagai barang perhiasan di rumah atau pejabat serta cenderahati pada majlis-majlis rasmi.



 Terabai diperbuat daripada kayu yang hanya mempunyai satu jenis warna. Pada asalnya ‘Terabai’ diperbuat daripada kayu keras dan dihiasi dengan ukiran pada permukaan depan dan ukiran terabai diukir dalam pelbagai bentuk.




Terabai boleh dibuat dengan pelbagai saiz seperti  besar, sederhana besar atau kecil. Bentuk terabai juga boleh dibuat berdasarkan kreativiti namun biasanya terabai berbentuk memanjang. Pembuatan terabai Pembuatan Terabai tidaklah mudah kerana memerlukan ketelitian yang tinggi serta ukiran yang halus dan ketekunan dalam mengukir corak terabai. Namun, kini terabai dapat dilihat dengan pelbagai jenis warna seperti yang terdapat di pasaran tempatan di Sarawak.







Bahagian ukiran, pada zaman dahulu, ukiran terabai menjadi kebanggaan kaum iban. Menurut kaum iban, ukiran 'antu engkeramba' adalah yang paling terkenal kerana dikatakan ukiran tersebut dapat memberikan perlindungan kepada tuan terabai serta dapat membantu dalam peperangan suatu masa dahulu.



.

Welcome note

hai! welcome to my blog!
please follow me and i'll follow you back!